PeRJalaNan SeOranG InSan

Saat aku terbaring kaku… ....

Tanganku basah mengenggam bekalanku ....

Kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu....

Aku akan melangkah ke dunia baru ....

Dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya....


Aku yang dulunya menjadi insan merantau....

Merasai nikmat tuhan walaupun hanya untuk seketika ....

Kadang-kadang aku jadi taksub....

lupa,lalai,....

Aku mula terkurung dalam kantung dosa ....

Aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina ....

Di mana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran....

Aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan…. ....


Perjalananku berliku ....

Cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam ....

Namun suatu hari aku merasai balasannya....

Aku merasai nikmatku ditarik kembali....

Aku merasai masaku hampir tiba....

Tapi….ke mana destinasi insan sepertiku??....

Ke mana?? Bagaimana????....



Aku merenung jalan penghujung duniaku....

Ya….siapa aku???....

Tiba-tiba ....

“anakku masih sempat untukmu bertaubat”

Mutiara yang keluar daripada bibir ibu tua....

Aku sedar…......



Aku merenung kembali kamar sepiku....

Di mana destinasiku selepas perjalanan ini???....

Moga kau menjadi insan terpilih selepas taubatku….....

Moga aku mengerti perjalanan seorang insan….....

Bukan mainan untuk aku persiakan

Powered By Blogger

About Me

My photo
key Hell, GomBAk, Malaysia